Kamis, 18 Juni 2009

Kem Fasilitator Prostar Fasa I





Event : Seperti di atas
Tarikh : 12 - 14hb Jun 2009
Tempat : Rock Eco Resort, Batang Kali
Anjuran : Kelab PROSTAR KL
Peserta : 38 orang
Trainer : 6 orang

Selasa, 09 Juni 2009

Kem Jati Diri Kepimpinan SRA Sri Andalas



Tanggal 2-3 Jun 2009, KItc telah mengendalikan program Kem Jati Diri SRA Taman Sri Andalas Klang. Program berkenaan telah diadakan di Kem Warisan Sembilang, Jeram disertai oleh 105 orang pelajar. Objektif kem berkenaan diadakan adalah untuk memberikan bimbingan dan kesedaran tentang tanggungjawab, semangat kerjasama, ketahanan, kecergasan fizikal dan mental serta asas kepimpinan. Disamping itu ianya bagi menyuburkan motivasi diri pelajar-pelajar terbabit yang akan menempuhi masa depan yang lebih mencabar.

Sepanjang dua hari kem berkenaan, ianya telah dipenuhkan dengan aktiviti latihan dalam kumpulan serta ceramah motivasi dan kepimpinan. Turut hadir ke program berkenaan adalah 20 orang tenaga pengajar sekolah berkenaan serta Nazir Sekolah Rendah Agama Daerah Klang.

Majlis penutup program berkenaan telah dilakukan oleh Penolong Pengarah Pembangunan Islam JAIS .


Jumat, 28 November 2008

~Kursus Penyediaan Fasilitator Akademi Futsal~




TAHNIAH…

Congratulation to KITC (syarikat berdaftar milik Shah, Ida, Nuar & ….) , you just finished with success the 1st project in your business.Kursus penyediaan fasilitator untuk program Akademi Futsal dengan kerjasama Prostar Wilayah Persekutuan, Jabatan Kesihatan DBKL telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.Ini adolah projek petamo.Ia lebih kepada menimba pengalaman.Yang pasti sahabat-sahabat sekelian dah tunjukkan kemampuan; kemampuan berhubung, mengendali dan menjalankan program dengan jaya walaupun ada serba sedikit kelomahan.

Haji Zek (Jab Kesihatan DBKL) pulak, pegawai yang sangat `murah’ dan `mudah’.Tak lokek ilmu, tak lokek pengalaman dan tak lokek kojosamo. Timo kasih banyak.Tuan Haji dah banyak bagi `peluang’ dan kojosamo.

Projekyang ni tak lebih dari menimba pengalaman dan salam perkenalan.Keuntungan bukanlah matlamat utama bagi projek ini.Kalau dapek, itu bonus.Timo kasih kepada yang banyak beri kerjasama; peserta-peserta yang mengambil bahagian, penceramah undangan (Puan Nik Mazlinahaiza dan Dr Fatanah).Timo kasih banyak-banyak.Sumbangan you all menaikkan semangat kami.

Dengan doa agar syarikat ini (Karung Ilmu Training & Consultancy) berjaya dan membuktikan kepada yang pernah mengkritik bahawa you all the partners punya kebolehan dan mampu berjaya.