Selasa, 09 Juni 2009

Kem Jati Diri Kepimpinan SRA Sri Andalas



Tanggal 2-3 Jun 2009, KItc telah mengendalikan program Kem Jati Diri SRA Taman Sri Andalas Klang. Program berkenaan telah diadakan di Kem Warisan Sembilang, Jeram disertai oleh 105 orang pelajar. Objektif kem berkenaan diadakan adalah untuk memberikan bimbingan dan kesedaran tentang tanggungjawab, semangat kerjasama, ketahanan, kecergasan fizikal dan mental serta asas kepimpinan. Disamping itu ianya bagi menyuburkan motivasi diri pelajar-pelajar terbabit yang akan menempuhi masa depan yang lebih mencabar.

Sepanjang dua hari kem berkenaan, ianya telah dipenuhkan dengan aktiviti latihan dalam kumpulan serta ceramah motivasi dan kepimpinan. Turut hadir ke program berkenaan adalah 20 orang tenaga pengajar sekolah berkenaan serta Nazir Sekolah Rendah Agama Daerah Klang.

Majlis penutup program berkenaan telah dilakukan oleh Penolong Pengarah Pembangunan Islam JAIS .


Tidak ada komentar: